Monday, April 4, 2011

CARA KE PULAU PANGKOR

Cuti sekolah sudah makin hampir? Macam mana perancangan anda musim cuti sekolah ni? Ingin ke Pulau Pangkor? Di sini saya senaraikan perancangan untuk ke Pulau Pangkor dan bajetnya sekali.
Jika menggunakan jalan darat, anda perlu pergi ke Jeti Lumut atau ke Jeti Marina Island sebelum mengambil feri ke Pulau Pangkor.
Jika anda dari Kuala Lumpur dan ingin ke pulau Pangkor, anda boleh menggunakan bas atau pun drive dengan kereta ke Jeti Lumut atau Jeti Marina Island.
  • Kos menggunakan bas – RM 24.20/seorang dari Puduraya
  • Kos menggunakan kereta – tol (boleh cek di http://www.plus.com.my/) + minyak. Anda perlu keluar di Exit Bidor dan Teluk Intan. Dari Bidor ke Jeti Lumut atau Marina Island, jaraknya adalah 90 KM.
Jika anda dari Utara, anda perlu ambil exit Changkat Jering. Dari changkat Jering ambil jalan ke Lumut, Setiawan. Anda juga boleh terus ke Exit Gopeng tetapi kos tol akan meningkat.
Setelah sampai ke Lumut atau Marina Island, anda perlu mengambil feri. Feri akan berlepas setiap 15-30  minit. Kosnya hanya RM10/seorang. Anda akan tiba ke Pulau Pangkor selepas 40 minit perjalanan kalau dari Jeti Lumut dan hanya 10 minit dari Marina Island.


No comments: